Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Hutan Hujan Tropika

Question: Pengenalan kepada Hutan Hujan Tropika di Malaysia.

Answer: Menurut Bloggeo, hutan hujan tropika merupakan hutan yang terpenting dan paling luas di Malaysia. Keluasan hutan ini meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara Malaysia. Hutan ini menjadi habitat bagi pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhan semula jadi serta hidupan liar dan hutan ini juga ini meliputi kaki bukit atau cerun gunung yang bertempat di semenanjung Malaysia dan juga pendalaman Sabah dan Sarawak.

Antara hidupan flora yang hidup di dalam hutan hujan tropika ialah malar hijau. Malar hijau dikenali dengan batang pokoknya yang lurus dan dahannya tumbuh di bahagian atas pokok. Walaupun hutan hujan tropika hanya meliputi enam peratus daripada keluasan permukaan bumi, namun hutan ini merupakan habitat bagi hampir dua pertiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi. Tidak lupa juga dengan kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, merbau, balau dan seraya yang terdapat di dalam hutan ini.

(Source: DIMENSi, 29 Mar 2021)

Source Link: https://sites.google.com/view/beritadimensi/environment/malay/hutan-khazanah-alam-malaysia