Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Tabung Baitulmal Sarawak

Question: Apakah hukum terlupa untuk membayar Zakat Fitrah di bulan puasa dan bagaimana caranya untuk saya menebusnya?

Answer: Zakat Fitrah perlu dibayar dalam bulan Ramadhan dan waktu terakhir menunaikan Zakat Fitrah ialah sebelum solat Adil Fitri didirikan. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Barangsiapa yang mengeluarkannya sebelum solat (Aidilfitri), maka itu zakat yang diterima. Dan barangsiapa yang mengeluarkannya sesudah solat (Aidilfitri), maka itu termasuk salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa” Sekiranya Zakat Fitrah tidak ditunaikan, baik secara sengaja atau tidak maka hukumnya adalah berdosa dan hendaklah bertaubat. Sekiranya seseorang itu ingin juga hendak membayar ia tidak dapat dianggap sebagai Zakat Fitrah tetapi pembayaran itu hanyalah sebagai sedekah.

(Source: LAMAN WEB RASMI TABUNG BAITULMAL SARAWAK, 08 Jun 2021)

Source Link: https://www.tbs.org.my/www/?page=62