Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS)

Question: Apakah kriteria-kriteria bagi permohonan BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) untuk penjaja / peniaga kecil / gerai makanan yang tidak berlesen?

Answer: Antara kriteria-kriteria bagi permohonan BANTUAN KHAS SARAWAKKU SAYANG (BKSS) untuk penjaja / peniaga kecll / garai makanan yang tidak berlesen aalah seperti berikut:

1. Pemohon HENDAKLAH warga Sarawak yang menetap dan menjalankan perniagaan di
Sarawak.
2. Berumur 18 tahun dan ke atas.
3. Pemohon adalah bagi peniaga-peniaga yang benar-benar menjalankan aktiviti perniagaan
secara fizikal seperti menjalankan perniagaan menggunakan stall / kiosk / di bahu jalan
sebelum 1 Jun 2021.
4. Stall yang beroperasi di dalam Kedai Kopi adalah layak memohon dengan melampirkan
dokumen pengesahan berkaitan dengan perniagaan.
5. Perniagaan atas talian (online) adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.
6. Peniaga hendaklah berdaftar dan mempunyai permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) di kawasan masing-masing.
7. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2021.
8. Tempoh sah permit adalah dari bulan Jun sehingga November 2021, tanpa sebarang
bayaran permit (RM30.00) dikenakan sepanjang tempoh sah ini.
9. Semua maklumat yang diberikan oleh pemohon hendaklah tepat dan benar. Sekiranya
terdapat maklumat palsu, permohonan akan dibatalkan. PBT berhak membatalkan permit
tersebut sekiranya permit telah dikeluarkan.
10. PBT berhak untuk meluluskan atau menolak permohonan tanpa prejudis dan segala rayuan
tidak akan dilayan.
11. Pembayaran untuk BKSS adalah melalui:
- Sarawak Pay

(Source: eCENTRAL, 17 Jun 2021)

Source Link: https://ecentral.my/borang-permit-bkss-2021/