Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Dasar Ekonomi Baru

Question: DASAR EKONOMI BARU: KESAN SOSIOEKONOMI DI DAERAH MANJUNG, PERAK (1970-1990)

Answer:
ABSTRAK
Kajian ini memberi tumpuan pada persoalan sejauh manakah Dasar Ekonomi Baru (DEB),yang telah di implementasi dari 1970 hingga 1990 memberi kesan kepada sosio ekonomi penduduk daerah Manjung. Kajian meliputi tempoh selama 20 tahun bermula daripada pucuk pimpinan Yang Amat Berhormat Tun Abdul Razak pada 1970.

Kajian ini juga cuba meninjau sejauh manakah dua matlamat DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat tercapai di daerah Manjung. Penilaian berkaitan pencapaian DEB ini diukur dari aspek ekonomi, penyertaan orang Melayu dalam sektor ekonomi moden, taraf hidup masyarakat, dan pembangunan infrastruktur.

Kajian ini menggunakan sumber pertama dan kedua yang diperoleh di Arkib Negara Malaysia dan jabatan kerajaan serta hasil temu bual dengan pihak pentadbir dan penduduk di daerah Manjung. Dapatan kajian ini berjaya menjelaskan bahawa dua matlamat DEB telah berjaya dilaksanakan berdasarkan pembaharuan-pembaharuan yang dicapai dalam sektor ekonomi dan sosial sepanjang 20 tahun pelaksanaan. Perkembangan positif dalam aspek pembangunan infrastruktur di daerah Manjung juga merupakan antara faktor yang membawa kepada kejayaan DEB di daerah Manjung.

Click here to download attachment

(Source: Pustaka Negeri Sarawak, 02 Jul 2021)

Source Link: https://core.ac.uk/reader/42953680