Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Sarawakiana

Question: Koleksi Sarawakiana : Selendang Keringkam atau Selayah

Answer: Keringkam atau dikenali dalam bahasa tempatan Melayu di Sarawak sebagai Selayah ataupun Selendang Keringkam merupakan tudung atau skaf tradisional yang digunakan oleh wanita Melayu di Sarawak pada zaman dahulu. Keringkam adalah salah satu perhiasan busana tradisional yang digunakan oleh wanita Melayu di Sarawak agar si pemakai akan kelihatan cantik dan anggun. Biasanya Keringkam akan digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan atau keramaian.

Pada zaman dahulu, selendang Keringkam merupakan warisan turun-temurun yang hanya digunakan oleh keturunan bangsawan atau kelas atasan sahaja. Pada zaman sekarang, semua golongan boleh menggayakan selendang keringkam untuk dijadikan sebagai perhiasan pada majlis-majlis keramaian.

Pustaka Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dan memelihara khazanah turun temurun ini di dalam Koleksi Sarawakiana untuk dijadikan sebagai bahan rujukan untuk generasi akan datang dan juga penyelidik.

Koleksi tersebut boleh dirujuk di Bilik Rujukan, Repositori Rekod Negeri pada waktu operasi perkhidmatan rujukan.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Sarawakiana di talian 082-440488 atau emel ke statedepository@sarawak.gov.my .

(Source: , 16 Dec 2021)