Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Sarawakiana

Question: Koleksi Sarawakiana : Selendang Keringkam Bunga Ros Kuncup

Answer: Selendang Keringkam Bunga Ros Kuncup ini di sulam oleh Puan Hajah Noraini Zaidan dari Kampung Lintang, Kuching, Sarawak. Beliau merupakan seorang penyulam Keringkam yang telah mempelajari seni sulaman Keringkam ini daripada ibunya, Keringkam ini telah disulam pada tahun 2018 dan bahan yang digunakan adalah benang emas dan kain kasarubia. Jenis corak yang di sulam adalah corak tabur belian, tabur bintang dan tabur berangkai, manakala corak di sisi adalah corak Renda Bergunting Gunung Satu.

Koleksi tersebut boleh dirujuk di Bilik Rujukan, Repositori Rekod Negeri pada waktu operasi perkhidmatan rujukan.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Sarawakiana di talian 082-440488 atau emel ke statedepository@sarawak.gov.my.

(Source: , 16 Dec 2021)