Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Sarawakiana

Question: Koleksi Sarawakiana : Songket

Answer: Songket merupakan sejenis kain yang ditenun dengan cara tradisioal serta mempunyai corak, warna dan motif tenunannya yang memaparkan ciri-ciri identiti orang Melayu. Songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas dan perak. Manakala, tenunan membawa maksud suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang) untuk dijadikan sehelai kain.

Dari segi sejarah, songket hanya di pakai oleh golongan bangsawan iaitu keluarga kerabat diraja dan orang besar. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang.

Keistimewaan songket Sarawak adalah dari segi hasil tenunan dimana ia menggunakan teknin ‘sembunyi benang’ yang menjadikan jahitan di bahagian luar dan dalam tiada bezanya kerana sama kemas dan membolehkan kedua-dua bahagian dipakai.

Pustaka Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif untuk mengumpul dan memelihara khazanah turun temurun ini di dalam Koleksi Sarawakiana untuk dijadikan sebagai bahan rujukan untuk generasi akan datang dan juga penyelidik.

Koleksi tersebut boleh dirujuk di Bilik Rujukan, Repositori Rekod Negeri pada waktu operasi perkhidmatan rujukan.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Sarawakiana di talian 082-440488 atau emel ke statedepository@sarawak.gov.my .

(Source: , 28 Mar 2022)