Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Sarawakiana

Question: Koleksi Sarawakiana : Songket Sampin Merah Hati (Belatak)

Answer: Songket Sampin Merah Hati atau Belatak ini telah ditenun oleh Puan Ramtiniwaiti Binti Ramlee dari Kampung Perintah Gedong. Songket ini telah ditenun pada tahun 2016. Warna yang digunakan ialah merah hati, manakala benang yang digunakan adalah benang polister untuk pakan (yang mendatang) dan loseng (yang menunggu) dan benang emas dari Jepun. Teknik tenunan ialah songket Sarawak dengan menggunakan motif dan corak teluk berantai dan punca pucuk rebung.

Koleksi tersebut boleh dirujuk di Bilik Rujukan, Repositori Rekod Negeri pada waktu operasi perkhidmatan rujukan.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Sarawakiana di talian 082-440488 atau emel ke statedepository@sarawak.gov.my.

(Source: , 28 Mar 2022)