Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak

Question: Apa itu SMOKU?

Answer: Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) merupakan sebuah sistem yang dibangunkan bagi semua aktiviti yang merangkumi pengurusan Orang Kurang Upaya (OKU) termasuk permohonan bagi pendaftaran OKU. Mulai 1 Ogos 2011, pendaftaran OKU telah dilakukan melalui Sistem Pengurusan Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU). SMOKU dibangunkan untuk memudahkan proses pendaftaran dan pengurusan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagai sistem penyimpanan maklumat OKU bagi kegunaan pendaftaran OKU (peringkat PKMD). Modul SMOKU (Fasa I) merangkumi Pendaftaran OKU, pemadanan kerja, pemadanan kursus/latihan dan laporan / statistik. Manakala Modul SMOKU (Fasa II) meliputi perluasan pengeluaran dan percetakan Kad OKU ke 15 negeri seluruh Malaysia;

(Source: Jabatan Kebajikan Masyarakat, 08 May 2022)

Source Link: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/full&id=MlFzaHBvQk9VQWplaE1vS1JlaDJwUT09