Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Health

Question: Apakah akibat Shaken Baby Syndrome?

Answer: Akibat daripada keadaan ini adalah bergantung kepada keterukan goncangan yang dilakukan kepada kanak-kanak tersebut. Oleh kerana otak bayi ini sangat sensitif dan mudah lebam, dengan itu kecederaan daripada goncangan yang kuat dan kekurangan bekalan darah kepada otak semasa kanak-kanak mengalami sawan yang berpanjangan, berkemungkinan besar boleh menyebabkan kematian, kesukaran untuk belajar atau fungsi motor berkurangan. Akibatnya akan menjadi lebih teruk lagi sekiranya kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri (unconscious).

(Source: , 20 Jun 2022)

Source Link: http://www.myhealth.gov.my/kanak-shaken-baby-syndrome/