Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Jabatan Perdana Menteri

Question: Terangkan latar belakang Jabatan Perdana Menteri

Answer: Jabatan Perdana Menteri, yang sebelum ini dikenali sebagai Pentadbiran Am, JPM telah disusun semula menjadi 12 bahagian iaitu Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Kewangan, Bahagian Pembangunan, Bahagian Akaun, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Audit Dalam, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Perolehan, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Penasihat Undang-Undang, dan Unit Integriti.

Kesemua 12 bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh dua (2) Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan (TKSU (P)) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan (TKSU (K&P)).

(Source: https://www.jpm.gov.my/ms/, 29 Jul 2022)

Source Link: https://www.jpm.gov.my/ms/