Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Question: Q : Apakah fungsi dan peranan PNM ?

Answer: A : 17 fungsi Perpustakaan Negara Malaysia seoerti berikut:
1. Menasihati Menteri tentang polisi negara bagi perkara yang berkenaan dengan perpuastakaan.
2. Memberikan nasihat dan membantu dalam perancangan dan perkembangan perpustakaan di peringkat kebangsaan.
3. Memperoleh dan menyelenggarakan suatu koleksi sumber perpustakaan yang lengkap di peringkat kebangsaan.
4. Menubuhkan di dalam perpustakaan:
- Pusat Penyerahan Negara
- Pusat Bibliografi Negara
- Pusat Kebangsaan Bagi Manuskrip Melayu
5. Menyediakan perkhidmatan rujukan, maklumat, perujukan, reprografi dan peminjaman.
6. Titik tumpuan negara bagi sistem maklumat negara.
7. Menggalakkan dan menyelaraskan penggunaan sumber perpustakaan.
8. Menggalakkan dan memudahkan penubuhan sistem perpustakaan awam seluruh negara.
9. Menggalakkan penubuhan suatu rangkaian perpustakaan khusus.
10. Menggalakkan dan memudahkan kerjasama kebangsaan dan antarabangsa.
11. Mengusahakan dan memudahkan penyelidikan dalam perkara perpustakaan.
12. Menyediakan Latihan untuk meningkatkan profesionalisme dalam perkara perpustakaan.
13. Menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca.
14. Menggalakkan dan meningkatkan penggunaan dan perkembangan bahasa malaysia
15. Bekerjasama dengan badan ikhtisas dan badan lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
16. Meminjamkan, menjual, atau secara lain melupuskan sumber perpustakaan.
17. Hal-Hal yang lain berkaitan penububan PNM.

(Source: SOURCE : 7 MARCH 2020, 22 Sep 2022)

Source Link: https://www.pnm.gov.my/index.php/pages/view/80