Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Health

Question: Apakah kuman penyebab Pneumonia?

Answer: Pneumonia ini adalah yang paling biasa. Ia disebabkan oleh kuman-kuman yang biasa terdapat dalam komuniti/masyarakat. Kuman-kuman penyebab adalah kuman bakteria seperti Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenza, Staphylococcus aureus , Moraxella catarrhalis, Kelbsiella dan bakteria tidak tipikal (atypical bacteria) seperti Mycoplasma pneumoniae, Chlamydia pneumonia dan Legionella pneumophilia. Di Malaysia, kuman Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit tibi adalah salah satu penyebab utama pneumonia komuniti. Secara keseluruhan, Streptococcus pneumoniae adalah penyebab utama pneumonia diseluruh dunia. Kuman virus yang boleh menyebabkan pneumonia adalah virus influenza, virus respiratory syncitial, adenovirus, parainfluenza virus dan virus H1N1. Selain daripada bakteria dan virus, berbagai organisma parasit seperti Toxoplasma gondii, Strongyloides stercoralis dan Ascaris boleh juga menyebabkan pneumonia. Mikroorganisma parasit ini memasuki badan melalui kulit atau ditelan kemudian pergi ke paru-paru melalui saluran darah. Parasit boleh menyebabkan satu tindakbalas immun di mana subset sel darah putih iaitu sel eosinofil meningkat. Ini dipanggil ‘eosinophilic pneumonia’.

(Source: Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 Sep 2022)

Source Link: http://www.myhealth.gov.my/