Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Health

Question: Apakah rawatan yang berikan kepada pesakit Pneumonia?

Answer: Tidak semua pesakit akan dimasukkan ke hospital, tetapi diberi rawatan sebagai pesakit luar. Biasanya antibiotik di beri secara oral, pesakit dinasihatkan banyak minum air dan berehat di rumah. Ubat batuk yang di beli di kedai-kedai adalah tidak berkesan untuk rawatan pneumonia. Jika simptom tidak berubah atau bertambah teruk atau berlaku komplikasi, penjagaan di hospital adalah diperlukan. Mereka yang didapati sukar untuk bernafas, mempunyai penyakit lain dan mereka yang lanjut usia, juga akan dimasukkan ke hospital. Pneumonia yang disebabkan oleh bakteria dari komuniti akan dirawat dengan antibiotik seperti augmentin, erythromycin atau azithromycin. Rawatan diberi selama 7 hingga sepuloh hari. Antibiotik yang digunakan untuk merawat pneumonia jangkitan dari hospital adalah seperti cephalosporin, carbepenem, aminoglycoside dan vancomycin. Ini diberi secara intravena. Tiada rawatan spesifik untuk kebanyakan pneumonia yang disebabkan oleh virus. Jangkitan H1N1 dirawat dengan ubat oseltamivir. Selain dari rawatan pengubatan, pesakit juga digalakkan banyak berehat dan banyak minum air.

(Source: Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 Sep 2022)

Source Link: http://www.myhealth.gov.my/