Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Jabatan Belia & Sukan Negeri Sarawak

Question: Apakah sejarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak?

Answer:
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Jabatan ini dahulunya dikenali sebagai Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan mula diwujudkan di Negeri Sarawak pada 1 Januari 1969 di Tepian Gelanggang, Jalan Keretapi, Kuching, Sarawak (Sekarang Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce).

Pada 21 Mac 1987, Bahagian Kebudayaan telah berpindah ke Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Dengan perpindahan tersebut, Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan telah diubah nama ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Pada 18 Julai 1988, Ibu Pejabat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah berpindah ke Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching.

Pada Februari 2012, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah sekali lagi berpindah kembali ke tapak KOMBES yang lama iaitu di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce dengan bangunan KOMBES yang telah dinaiktarafkan.

(Source: Jabatan Belia dan Sukan Sarawak, 17 Jan 2023)

Source Link: https://www.jbsn.gov.my/info-jabatan-sarawak/sejarah-sarawak.html