Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : Human Resource

Question: PROSEDUR PENGAMBILAN PEMBANTU RUMAH ASING DI SARAWAK.

Answer: Tatacara permohonan berkaitan dengan pengambilan Pembantu Rumah Asing (PRA) ke Malaysia boleh diperolehi daripada laman sesawang rasmi Jabatan Imigresen Malaysia yang digunakai untuk kemasukan pembantu rumah asing di Malaysia.

1. https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmatan-utama/pembantu-rumah-asing/
2. https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30457?language=my
3. https://maid-online.imi.gov.my/maid/main?faq

Manakala untuk tenaga kerja di Sarawak yang bukan pemastautin asal Sarawak seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 71 Akta Immigresen 1959/ 1963 adalah terikat dengan pendaftaran di Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS). Terdapat 3 jenis pekerja bukan pemastautin Sarawak iaitu pekerja bukan warganegara Malaysia, pekerja berasal dari Sabah dan Semenanjung Malaysia.

Oleh yang demikian, majikan adalah tertakluk kepada tatacara/prosedur yang ditetapkan oleh JTKS. Merujuk kepada maklumat yang dibekalkan oleh JTKS di dalam laman sesawang mereka, majikan yang hendak menggaji pekerja bukan pemastautin dikehendaki untuk memohon lesen penggajian dari Jabatan Tenaga Kerja Sarawak. Permohonan hanya akan diterima dan diproses untuk kelulusan bagi permohonan oleh majikan yang hendak menggaji “pekerja” menurut takrifan di bawah Seksyen 2 Ordinan Buruh ( Bab 76 ) Sarawak.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada laman sesawang JTKS berikut.

1. https://www.jtkswk.gov.my/index.php/perkhidmatan-kami/permohonan-penggajian-pekerja-bukan-pemastautin
2. https://www.jtkswk.gov.my/index.php/soalan-lazim

Sebarang keterangan lanjut mengenai kemasukan pekerja bukan pemastautin asal Sarawak untuk bekerja di Sarawak, majikan adalah digalakkan untuk berhubung terus dengan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS) di alamat & nombor telefon berikut.

Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93532 Kuching,
Sarawak.
Tel : 082-242261 Fax : 082-244909 / 082-237051
Emel : jtknsarawak[at]mohr.gov.my
Laman Web : www.jtkswk.gov.my

Click here to download attachment

(Source: JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA DAN JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK, 22 Aug 2023)

Source Link: https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmatan-utama/pembantu-rumah-asing/ & https://www.jtkswk.gov.my/index.php/perkhidmatan-kami/permohonan-penggajian-pekerja-bukan-pemastautin