Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : SARAWAK ANNUAL LIBRARIANS COLLOQUIUM 2023 (SAL.co2023)

Question: Bagaimana caranya untuk mendapatkan budget untuk menyediakan makerspace dan kepada siapa pihak sekolah nak rujuk?

Answer: Pustaka Negeri Sarawak tiada menyediakan dana atau peruntukkan bagi mewujudkan Makerspace di sekolah. Walaubagaimanapun, pihak sekolah boleh berkunjung ke Pustaka Negeri Sarawak (Kuching, Sibu dan Miri) yang berdekatan dengan kawasan masing-masing untuk menggunakan perkhidmatan Makerspace.

Selain daripada itu, Yayasan Inovasi Malaysia (https://yim.my/) juga turut menyediakan dana di bawah projek Ruang Daya Cipta (RDC) yang bertujuan memantapkan aktiviti Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) khususnya dalam kalangan komuniti luar bandar. Pihak yang berminat boleh berhubung dengan YIM untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai projek RDC.

(Source: RAZAK RAMBILI, PENGURUS WILAYAH PUSTAKA NEGERI SARAWAK MIRI (PEMBENTANG SAL.co2023), 18 Sep 2023)

Source Link: https://www.youtube.com/watch?v=V-6kYvkUnQg