Browse e-KNOWBASE

Category FAQs Search : SARAWAK ANNUAL LIBRARIANS COLLOQUIUM 2023 (SAL.co2023)

Question: 1. Apakah cabaran dalam melaksanakan aktiviti Makerspace di perpustakaan? 2. Bagaimana untuk orang awam mengetahui aktiviti Makerspace yang akan diadakan di Pustaka Negeri Sarawak?

Answer: 1. Cabaran yang dihadapi dalam menjalankan aktiviti Makerspace di perpustakaan adalah seperti:

a. perubahan budaya iaitu dimana untuk mengubah persepsi konvensional masyarakat bahawa perpustakaan itu hanya sebagai tempat mendapatkan sumber bahan bacaan sahaja kepada pusat kreativiti dan inovasi memerlukan masa.

b. kemahiran staf perpustakaan mengendalikan perkhidmatan Makerspace. Staf perpustakaan terlibat diberikan latihan dan program-program kesedaran bagi membolehkan mereka bersedia membantu komuniti mengembangkan idea kreativiti dan inovasi menggunakan perkhidmatan Makerspace yang ditawarkan oleh perpustakaan.

c. kekangan peruntukkan dalam melaksanakan perkhidmatan Makerspace. Walauabagimanapun, Digital Community Centre (DCC) ditubuhkan di beberapa kawasan di bawah seliaan Pustaka Negeri Sarawak (10 DCC) dan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (32 DCC) yang menerapkan elemen dan menawarkan perkhidmatan asas berkaitan Makerspace. DCC ini diwujudkan untuk komuniti yang tidak mempunyai akses untuk datang ke Pustaka Negeri Sarawak bagi menggunakan perkhidmatan Makerspace.

d. penglibatan komuniti. Hal ini dimana untuk memberikan kesedaran kepada komuniti bahawa perkhidmatan Makerspace yang ditawarkan ini adalah secara percuma dan boleh digunakan untuk menjalankan projek STEM (Science, Technology, Engineering, and Mathematics).

2. Hebahan mengenai aktiviti Makerspace di Pustaka Negeri Sarawak boleh didapati melalui laman sesawang dan saluran media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak.

(Source: RAZAK RAMBILI, PENGURUS WILAYAH PUSTAKA NEGERI SARAWAK MIRI (PEMBENTANG SAL.co2023), 18 Sep 2023)

Source Link: https://www.youtube.com/watch?v=V-6kYvkUnQg