EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PUSTAKA NEGERI SARAWAK SEDIA PERKHIDMATAN PUSTAKA SARAWAK CHANNEL

Ditulis pada 15 June 2020

Dalam meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik COVID-19, Pustaka Negeri Sarawak telah menyediakan perkhidmatan Pustaka Sarawak Channel.

Pustaka Sarawak Channel adalah proses penyiaran program dan aktiviti Pustaka secara dalam talian menggunakan saluran Youtube selari dengan transformasi perkhidmatan norma baharu di You Tube Pustaka Sarawak.

Inisiatif tersebut bertujuan untuk meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik Covid-19 dengan kelaziman baru menerusi saluran YouTube dan mengoptimumkan potensi teknologi maklumat dan komunikasi bagi memanfaatkan lebih ramai orang tanpa dibataskan oleh masa dan tempat.

Selamat melayari YouTube Pustaka Sarawak Channel!https://www.youtube.com/user/PustakaSarawak/