EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Permulaan Perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu

Ditulis pada 12 September 2020

Pustaka Negeri Sarawak, Sibu akan membuka pintu kepada orang awam bermula pada 15 September 2020 dan orang awam boleh mula menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan bermula pada 15 September ini.

Untuk makluman, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu merupakan cawangan terbaru kami di Wilayah Tengah dan merupakan pemangkin dalam membantu kerajaan mengurangkan jurang digital dan perbezaan antara golongan kaya maklumat dan ilmu dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Atas persetujuan kerajaan Negeri, Pustaka telah diamanahkan untuk membina Pustaka Negeri Sarawak, Sibu sebagai portal untuk wilayah tengah yang meliputi bahagian-bahagian di Sibu, Mukah, Kapit dan Sarikei. Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dijangka mampu berfungsi sebagai portal perkhidmatan maklumat digital untuk wilayah tengah Sarawak.

Oleh itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan Negeri yang telah memberi kepercayaan dan sokongan padu kepada Pustaka Negeri Sarawak.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan masyarakat Bandaraya Sibu akan mengambil kesempatan ini untuk berkunjung ke Pustaka Negeri Sarawak, Sibu untuk menikmati pelbagai kemudahan serta bahan rujukan yang telah disediakan untuk semua.

Sila hubungi Puan Afiza Ibrahim untuk maklumat lanjut di talian 019-880 6966.