EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Perkhidmatan Pustaka Channel

Ditulis pada 04 January 2021

PUSTAKA SARAWAK CHANNEL
https://www.youtube.com/user/PustakaSarawak/

Pengenalan:
Pustaka Sarawak Channel merupakan saluran dalam talian bagi menyiarkan program dan aktiviti Pustaka Negeri Sarawak selari dengan transformasi menghadapi pandemik Covid-19.

Objektif:
1. Meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik Covid-19 dengan kelaziman baru menerusi saluran YouTube.
2. Mengoptimumkan potensi teknologi maklumat dan komunikasi bagi memanfaatkan lebih ramai orang tanpa dibataskan oleh masa dan tempat.
3. Membangunkan masyarakat yang kaya ilmu pengetahuan serta mengamalkan budaya belajar sepanjang hayat.

Jadual Siaran:
Sebagai permulaan Pustaka Sarawak Channel akan bersiaran selama 2 jam sehari seperti di bawah. Laluan kepada program khas akan diberikan bila ada keperluan seperti Sambutan Minggu Arkib Sedunia pada 8-14 Jun 2020.