EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak Anjurkan Program Dalam Talian Sempena Sambutan Hari Sarawak 2021

Ditulis pada 21 July 2021

Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun tetap diraikan walaupun kini seluruh dunia sedang berdepan dengan penularan pandemik Covid-19. Menerusi platform digital ataupun dunia maya, sekali lagi pada tahun ini Pustaka Negeri Sarawak telah menyusun pelbagai program menarik untuk semua lapisan masyarakat.

Bertemakan Sarawak Gemilang Untuk Semua, Pustaka Negeri Sarawak menjemput anda semua untuk menyertai program seperti yang telah dirancang bagi meningkatkan semangat cintakan negeri Sarawak serta menambahkan ilmu pengetahuan menerusi program-program bermaklumat yang diadakan bermula pada 19 Julai hingga 30 Julai 2021. Penyertaan adalah PERCUMA.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai program-program anjuran Pustaka Negeri Sarawak sempena sambutan Hari Sarawak 2021 bolehlah berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:


Pustaka Negeri Sarawak, Kuching:
Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my)
Tel: 082-440488


Pustaka Negeri Sarawak, Sibu:
Cik Nur Amanina Mastani (nuraman@sarawak.gov.my)
Tel: 084-315200


Pustaka Negeri Sarawak, Miri:
Puan Lilian Baun Pulo (lilianbp@sarawak.gov.my)
Tel: 085-422525