EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak Beroperasi Seperti Biasa Pada Sambutan Maulidur Rasul 1443h

Ditulis pada 15 October 2021

Pustaka Negeri Sarawak akan beroperasi seperti biasa dan akan membuka premis kami kepada orang awam pada Sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada 19 Oktober 2021 kelak.

Pihak Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul yang bertemakan “Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti”.

Sehubungan itu, jangan lupa untuk menggunakan perkhidmatan kami seperti di bawah secara PERCUMA:-

1. PUSTAKA SARAWAK CHANNEL

Pustaka Sarawak Channel merupakan platform untuk penyiaran program dan aktiviti Pustaka secara dalam talian menggunakan saluran Youtube selari dengan transformasi perkhidmatan norma baharu di alamat https://www.youtube.com/user/PustakaSarawak/

Inisiatif tersebut bertujuan untuk meneruskan program dan aktiviti galakan membaca dalam suasana pandemik Covid-19 dengan kelaziman baru menerusi saluran YouTube dan mengoptimumkan potensi teknologi maklumat dan komunikasi bagi memanfaatkan lebih ramai orang tanpa dibataskan oleh masa dan tempat.

2. PERKHIDMATAN BOOKBEAR

Kami menawarkan Perkhidmatan BookBear melalui aplikasi Angka.sa2 secara PERCUMA.

BookBear merupakan perkhidmatan peminjaman buku terus ke rumah pengguna di mana pengguna boleh memuat naik aplikasi Angka.sa2 melalui Google Play Store atau App Store seperti butiran di bawah:

Hari Operasi : Isnin hingga Sabtu
Masa Operasi: 9:00 pagi -5:00 petang

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memastikan pengguna mendapat akses kepada koleksi Pustaka memandangkan Pustaka Negeri Sarawak masih belum lagi membuka sepenuhnya premis-premis yang ada.

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini daripada kami dari masa ke masa melalui sosial media dan laman web kami.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai seranta kami seperti di bawah:-

i. Perkhidmatan Bookbear / Peminjaman, Pemulangan dan Pembaharuan Bahan Perpustakaan :-
0138044220 (Puan Rozana Octovia Ak Raymond Umpu) /082-442000/082-449126 atau email librarian@sarawak.gov.my

ii. Perkhidmatan Depositori:-
0138098807 (Cik Dorithy Dela Ak Lawrence)/ 082-440488 atau email dorityd@sarawak.gov.my

iii. Unit Komunikasi, Pustaka Negeri Sarawak, Kuching:-
01110870191 (Nur Ashikin Ahmad) / 0198899424 (Norzihan Abdullah) atau email nuraa2@sarawak.gov.my / norzihaa@sarawak.gov.my

Terima kasih.