EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Tahniah! Pustaka Negeri Sarawak Merangkul Dua Anugerah Digital Economy Awards (DEA 2022)

Ditulis pada 22 June 2022

TAHNIAH!!

Pustaka Negeri Sarawak telah berjaya merangkul Dua (2) Anugerah melalui projek People Accessible Networks For Digital Empowerment & Inclusivity (PANDei);

1. Premier`s Special Award (Bronze)
2. Digital Inclusivity Award

Anugerah ini telah disampaikan oleh Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg, Premier Sarawak, semasa Majlis Digital Economy Awards (DEA 2022) In Conjuctions With IDECS 2022 bertempat Di Borneo Convenction Centre Kuching (BCCK).

PANDei merupakan Kursus ePembelajaran untuk Literasi Digital (Modul PANDei Modul) yang ditawarkan secara PERCUMA dan memperolehi e-Sijil setelah tamat modul. Program ini merupakan inisiatif Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Sarawak Multimedia Authority (SMA).

Masyarakat Digital ini ialah dimana rakyat bukan sahaja dapat mengakses teknologi, tetapi juga dapat menggunakan teknologi dengan yakin dan berkesan untuk berhubung dengan dunia di sekeliling mereka. Maksud Literasi Digital ialah mempunyai kemahiran, keyakinan dan motivasi untuk menggunakan teknologi, dan merupakan kunci kepada perjalanan kita ke arah Ekonomi Digital.

Senarai modul PANDei adalah seperti berikut:
Modul 1: Pengurusan Maklumat dan Komunikasi
Modul 2: Menggunakan Inisiatif Digital Kerajaan Sarawak
Modul 3: Berurusan Secara Digital
Modul 4: Keselamatan dalam Talian dan Etika
Modul 5: Pustaka In a Box

Akses pautan ini untuk menyertai kursus: https://www.openlearning.com/.../kemahiran-asas-digital/...

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PANDei sila berhubung dengan Encik Edison Ricket, Ketua Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan di talian 082-44200 atau email edisonr@sarawak.gov.my



Aktiviti akan Datang

There are no upcoming activities at the moment

Lihat Semua Akiviti