Detik Malaysia Membaca dan Sarawak Membaca telah kembali lagi.
Jom bersama kami di dalam Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang bertemakan “Nikmati Saat Ini” pada 23 April 2025 (Rabu), bermula jam 11:00 - 11:10 pagi.
"Nikmati Saat Ini" bermaksud menghargai dan memberi sepenuh perhatian kepada setiap detik dalam hidup, tanpa dibebani oleh kenangan masa lalu atau kebimbangan tentang masa depan.
MEMBACA mengajar kita untuk memperlahankan langkah, menenangkan fikiran, dan menyelami dunia yang terbentang di antara helaian buku. Ia memberi kita ruang untuk berehat daripada kesibukan seharian dan membiarkan diri kita hanyut dalam kisah yang dicipta oleh penulis.
"Nikmati Saat Ini", dan biarkan MEMBACA membawa kita kepada kehidupan yang lebih bermakna.
LAPORAN/STATISTIK penyertaan boleh dihantar melalui “web browser” di alamat https://www.ppas.gov.my/jombacabersama/
Jom bersama-sama kita semarakkan Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2025!
World Quran Hour 2026 11 Mar 2026
Jom Baca Bersama 2026 23 Apr 2026
Kuala Lumpur International Bookfair 2026 (PBAKL) 29 May 2026
Perkhemahan Ilmu Sempena Hari Pustakawan 2026 13 Jun 2026
Makers Bootcamp 2026 (Kuching) 27 Jun 2026