EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pertandingan Video Pendek 2021

Tarikh Mula
01 Jul 2021
Tarikh Tamat
31 Jul 2021
Masa
-
Tempat
Keterangan Peristiwa

Bersempena dengan program Festival Sarawakiana yang akan diadakan pada 1 hingga 30 September 2021, Pustaka Negeri Sarawak akan mengadakan Pertandingan Video Pendek 2021 yang akan bermula pada 1 Julai 2021 sehingga 30 Ogos 2021. Tema bagi Pertandingan Video Pendek ini adalah ?Daun?.

Antara objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk:
1.Memartabatkan adat, budaya dan tradisi masyarakat di Sarawak
2.Memperkasakan koleksi kandungan digital tempatan; serta
3.Memupuk minat dan kreativiti di kalangan masyarakat Sarawak khususnya dalam penerbitan video singkat.

Pertandingan ini terbuka kepada warga Sarawak dan mereka yang bermastautin di Sarawak sahaja.

Untuk maklumat lanjut dan syarat-syarat penyertaan sila hubungi Puan Jassalini Jamain di alamat jassalij@sarawak.gov.my, Cik Nur Faziella Syazmeen Hasli di alamat nurfaziel@sarawak.gov.my dan Encik Affendi Iezara di alamat affeniez@sarawak.gov.my.

Event Statistics / Statistik Aktiviti

There were no participants signed up online for this event.