EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Permainan Mensia Marek - Lalang

Start Date
19 Sep 2021
End Date
19 Sep 2021
Time
2:00PM
Venue
Saluran : Akaun Youtube (Pustaka Sarawak) dan Facebook rasmi Pustaka Negeri Sarawak (pustaka.sarawak)
Details of Event

Bersempena dengan Festival Sarawakiana 2021 yang bertemakan Daun pada kali ini, Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan program Permainan Mensia Marek. Program ini akan membawa kita mengimbas kembali kenangan indah suatu ketika dahulu terutamanya semasa bermain menggunakan bahan-bahan dari alam semulajadi. Alat peranti elektronik dan gajet sedikit sebanyak melenyapkan daya kreativiti kanak-kanak untuk menerokai permainan yang berasaskan alam semulajadi yang mudah didapati di sekeliling mereka.

Namun begitu, masih terdapat juga di antara permainan ini masih dipraktikkan terutamanya di Kawasan pedalaman dan kampung. Ada di antara permainan tradisional ini diturunkan dari satu generasi ke generasi agar ianya tidak akan dilupakan.

Program permainan tradisioanl pada kali ini akan menampilkan tiga jenis permainan yang menggunakan daun sebagai bahan utama permainan. Di antaranya adalah perahu yang dibuat dengan menggunakan batang pisang dan daun lalang terbang meluncur laju serta lumba gelongsor menggunakan pelepah kelapa yang dengan menuruni bukit untuk menetukan pemenang.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menonton program tersebut pada :

Tarikh :19 September 2021, Ahad
Masa : 2.00 petang
Saluran : YouTube (Pustaka Sarawak) dan Facebook (pustaka.sarawak)

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 082-440488 atau melalui emel zainala@sarawak.gov.my (Encik Zainal Bin Ali)

Event Statistics / Statistik Aktiviti

There were no participants signed up online for this event.