Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Seminar Sarawak Lestari Siri 2 bertemakan Kesejahteraan pada 12 September 2024 (Khamis) bermula jam 8:45 pagi di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dan dapat ditonton secara ?????? ???????? (????) dari Facebook Pustaka Negeri Sarawak, Sibu.
Seminar ini bertujuan untuk liputan yang meluas mengenai kesedaran mengenai Sustainable Development Goals (SDG) atau Matlamat Pembangunan Mampan dan mendidik peserta tentang 17 Matlamat Pembangunan Mampan dan menekankan kepentingannya dalam menangani cabaran global.
Penceramah jemputan akan menyampaikan enam (6) topik utama;
Kertas 1: Peranan pihak berkuasa tempatan dalam mencapai SDG11, termasuk reka bentuk bandar, pengurusan, dan pembangunan berkelanjutan yang menyokong kehidupan berkualiti di kawasan bandar. (Matlamat 11)
Kertas 2: Interaksi Suplemen Luar dengan Ubat Moden: Risiko dan Langkah Berjaga-jaga (Matlamat 3)
Kertas 3: Memahami autisme dan ADHD: Peranan Ibu Bapa dalam kesejahteraan anak (Matlamat 3)
Kertas 4: Pendidikan Pencegahan DADAH (Matlamat 3)
Kertas 5: Dasar Belia Malaysia - Isu dan Cabaran (Matlamat 16)
Kertas 6: Memerangi Pemerdagangan Manusia: Langkah-langkah Strategik untuk Melindungi Mangsa (Matlamat 16)
There were 4 participant(s) who had signed up online for this event.
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
(SIBU) Borneo Cultural Festival 2025 03 Jul 2025
Seminar Sarawak Lestari 2025 ( Miri) 03 Jul 2025
Beach Cleaning ( Miri) 04 Jul 2025
Karnival Sarawakku Membaca Siri 7 bersama YB En. Nicholas Kudi Jantai, ADUN N.64 Baleh 12 Jul 2025