EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Perkhidmatan Pinjaman Bahan

Perkhidmatan ini memberi peluang kepada ahli Pustaka untuk meminjam 4 bahan pada satu-satu masa selama 14 hari. Tempoh pinjaman ini boleh diperbaharui sebelum tarikh pemulangan bahan. Perkhidmatan ini boleh digunakan pada Waktu Perkhidmatan Pustaka.

Bahan-bahan yang boleh dipinjam termasuk:-

  • Koleksi Rak Terbuka yang berlabel warna putih.
  • Koleksi Keperluan Khas yang berlabel warna oren.
  • Koleksi Remaja yang berlabel warna biru.

Proses pinjaman bahan adalah seperti berikut:-

  • Cari bahan yang hendak dipinjam menggunakan katalog dalam talian (OPAC).
  • Ambil nombor panggilan dan dapatkan bahan dari rak.
  • Sila pergi ke Kaunter Perkhidmatan di Pusat Sumber Maklumat.
  • Kemukakan kad keahlian.
  • Staf akan memproses pinjaman anda.
  • Ambil bahan tersebut dan resit tarikh tamat tempoh pinjaman untuk simpanan.


Anda dibenarkan meminjam 10 bahan untuk tempoh 14 hari. Jika anda masih memerlukan bahan tersebut, sila perbaharui tempoh pinjaman sama ada melalui telefon atau dengan datang sendiri ke Pustaka sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan.

Lokasi perkhidmatan

Pusat Sumber Maklumat, Aras 1 Galeri Mutimedia , Aras bawah Kaunter Infotek Kanak-kanak, Aras Bawah

Waktu Perkhidmatan

Isnin hingga Ahad (11.00 pagi hingga 7.00 malam). Isnin hingga Jumaat: 10:00 pagi hingga 7:00 malam.
Sabtu dan Ahad: 10:00 pagi hingga 6:00 petang.
Pustaka ditutup pada cuti umum