EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Buka hari ini

Pustaka Negeri Sarawak, Miri – Pameran Seni; Miri, A Hidden Treasure

Ditulis pada 24 March 2019

Pameran seni ini merupakan salah satu program yang sering diadakan di Pustaka, Miri dan pada kali ini ia adalah kolaborasi bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak dan Unit Local Agenda 21 dari Majlis Bandaraya Miri.

Program ini diadakan untuk mempamerkan hasil karya yang cukup indah dan menarik, yang dihasilkan oleh para pelajar dan juga para pendidik serta pelukis-pelukis berkaliber di negeri Sarawak yang menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan karya seni mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi kami di 085-422525, atau melalui e-mel ke Lilian Baun Pulo (lilianbp@sarawak.gov.my) atau Jamilah Juli (jamilahj@sarawak.gov.my).