EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

World #QuranHour

Ditulis pada 17 May 2019

Gerakan #QuranHour telah bermula pada tahun 2015 di bawah Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF), program satu jam bersama al-Quran sebagai sebuah permulaan untuk melakukan perubahan kerangka fikir melalui QTT (Quran, Tadabbur, Tazakkur), mengambil nilai-nilai dari al-Quran sehingga lahir akhlak sebagai muslim sejati. Sehingga kini jangkauan di media sosial telah mencapai 646 juta social media reach pada tahun 2018 berbanding 87 juta social media reach pada tahun 2016. Kita berharap pada tahun 2019, kita mendapat 1 billion social media reach dan World #QuranHour dapat dilaksanakan di 100 buah negara pada 25 Ramadan 1440H bersamaan Khamis, 30 Mei 2019.

Matlamat utama adalah untuk menginspirasi dan mengajak jutaan manusia untuk berinteraksi dengan al-Quran sekurang-kurangnya satu jam sehari secara berterusan. Ia adalah satu jam yang eksklusif dan istimewa di mana diharapkan tiada yang lain disiarkan atau dikomunikasikan melainkan alunan ayat suci al-Quran dan suara-suara wacana al-Quran. Kempen ini adalah Islah dengan al-Quran bagi individu, keluarga dan komuniti secara keseluruhannya.

Tujuan utama #QuranHour, sekurang-kurangnya satu jam bersama al-Quran selama 365 hari setahun di mana sahaja. Kempen ini adalah untuk menggalakkan setiap individu untuk baca, faham dan amal nilai-nilai yang terdapat dalam al-Quran. Mewujudkan kerangka fikir al-Quran dan sistem pengendalian dalam jiwa dan akhirnya mempraktikkan nilai-nilai al-Quran dalam akhlak mereka.

Sehubungan dengan itu, Pustaka Negeri Sarawak, Rumah Ngaji, Majlis Islam Sarawak dan Jabatan Agama Islam Sarawak akan bekerjasama dalam penganjuran World Quran Hour 2019 yang akan diadakan di Pustaka Negeri Sarawak pada 25 Ramadan 1440H bersamaan Khamis, 30 Mei 2019, bermula jam 10 pagi. Beberapa aktiviti menarik akan diadakan sepanjang minggu tersebut antaranya Bengkel Khat, Bengkel We Love Arabic, Bestnya Belajar Ngaji dan Bengkel Mudahnya Tajwid. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Razak Rambili di talian 082-442000 sambungan 348 atau email ke razakr@sarawak.gov.my.