EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

MINGGU ARKIB SEDUNIA

Ditulis pada 29 June 2019

Sertai kami untuk sambutan International Archives Week 2019 dengan tema “Designing the Archives in the 21st Century”, bermula sejak 2 hingga 4 Julai 2019!

Bersempena dengan sambutan International Archives Week 2019 pada 9 Jun 2019, kami berbesar hati ingin berkongsi dengan komuniti mengenai apa yang kami lakukan dalam pengurusan rekod dan arkib. Pustaka Negeri Sarawak (PUSTAKA) mempelawa para profesional di abad ke-21 di dalam bidang Pengurusan Maklumat, Pengurusan Rekod dan Arkib dan juga komuniti untuk turut serta berkongsi idea yang menjuruskan kepada pendekatan reka bentuk berpusatkan manusia di dalam pengurusan rekod dan arkib bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan memberikan manfaat kepada rakyat, pengguna, pihak berkepentingan dan juga komuniti.

Arkib merupakan saksi masa lampau. Melalui arkib, ia memberikan keterangan, penjelasan dan justifikasi baik untuk tindakan masa lalu dan keputusan semasa yang berkembang dari ingatan, baik individu maupun masyarakat. Sumber-sumber untuk kenangan adalah melalui peristiwa, bahasa, budaya dan warisan, seni bina, mercu tanda - kesemuanya memainkan peranan masing-masing. Tetapi sumber utama untuk mengetahui masa lalu ialah Arkib.

Sehubungan dengan itu, PUSTAKA mengajak semua pihak untuk bekerjasama dengan Pustaka dalam membina koleksi Arkib Negeri dan memastikan piawaian dan amalan Rekod dan Arkib dipatuhi. Pemeliharaan dan amalan yang baik membantu dalam memelihara peristiwa, sejarah, dan warisan budaya.

Jadilah ahli Rakan Arkib sekiranya berminat untuk bersama-sama memelihara warisan untuk generasi akan datang. Anda juga dipelawa untuk menyertai aktiviti dan program kami untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai peranan PUSTAKA sebagai Arkib Negeri. Sumbangan dan derma berkaitan dokumen penting atau koleksi rekod peribadi/korporat daripada komuniti amat dialu-alukan.

Mengambil bahagian dalam program dan aktiviti kami untuk memahami peranan Pustaka sebagai Arkib Negeri. Masyarakat dapat membantu pembangunan arkib Pustaka melalui sumbangan dan mewariskan dokumen penting atau rekod peribadi individu dan / atau badan korporat.

Pelbagai aktiviti dan program telah dirancang bersempena dengan sambutan ini seperti pameran, ceramah, dan bengkel. Di samping kami akan memperkenalkan projek terkini iaitu projek bangunan arkib, di mana anda akan dibawa melawat secara maya mengenai projek tersebut dan kami ingin mendengar harapan anda untuk bangunan arkib negeri.



Objektif program ini adalah untuk mempromosikan kesedaran mengenai:

1. Fungsi, peranan dan perkhidmatan rekod dan arkib, dan
2. Kepentingan untuk mengekalkan dan memelihara rekod dan arkib untuk pemeliharaan jangka panjang dan akses

Peserta dan pelawat ke pameran dan program digalakkan untuk berkongsi pendapat mereka mengenai “What do we aspire an Archive Centre for the 21st Century to be”.

Orang ramai yang berminat untuk mengikuti program ini, boleh menghubungi: Norlailawaty Ismail / Dayang Nur Syima Awang Adres di talian 082-440488 atai emel ke norlaii2@sarawak.gov.my / cmasyima@sarawak.gov.my .