EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Senaman tai chi mampu jadi medium satu masyarakat berbilang kaum

Ditulis pada 02 July 2019

KUCHING: Bukan sekadar wardah untuk menyihatkan badan, senaman tai chi kini mampu menjadi mediam untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Ia dengan tertubuhnya Persatuan Taiji Qigong Shibashi Petra Jaya yang memberi peluang kepada kaum bukan Cina di sini untuk sama-sama mempraktikkan gaya hidup sihat itu.

"Walaupun qigong adalah amalan atau budaya masyarakat Cina berasal dari China tetapi nilai yang dibawa dapat menyihatkan tubuh dengan aktiviti riadahnya iaitu taiji qigong.

"Kedua, kita dapat merapatkan hubungan dengan berkumpulan selalu, bertukar fikiran dan akhirnya merapatkan silaturahim dalam kalangan masyarakat kita," kata Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusuf pada Majlis Pelancaran Persatuan Taiji Qigong Shibashi Petra Jaya di Pustaka Negeri Sarawak kelmarin.

Katanya, amalan menarik nafas, menarik tenaga positif kemudian menegeluarkan tenaga negatif dari badan yang diamalkan dalam senaman tai chi akan menjadikan tubuh sihat secara mental mahupun fizikal dan patut diamalkan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Taiji Qigong Petra Jaya Lim Lee Thuan berharap ia mendapat penyertaan daripada pelbagai kaum, disamping dapat melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

"Ramai yang berfikir tai chi memang untuk orang Cina sajalah, jadi kita nak semua masyarakat masuk dan bersenam bersama kami.

"Persatuan in bermula April 2018 dan baharu dirasmikan pada tahun ini," katanya.

Lebih 100 peserta menyertai majlis tersebut yang dimulai dengan senaman tai chi beramai-ramai.

Ia turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman dan Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) Jumaat Ibrahim.

Sementara itu, salah seorang peserta Qubaidah Taha berkata tai chi sangat baik khususnya kepada warga emas kerana senamannya tidak berat selain membantu melancarkan pernafasan pengamalnya.

Bagi Roslina Bolhassan, senaman tai chi memberi peluang kepada beliau dan rakan lain mengeratkan hubungan dengan masyarakat Cina sambil beriadah.