EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Kunjungan Hormat Pustaka ke atas Pengarah Pendidikan Sarawak

Ditulis pada 20 January 2020

20 Januari 2020, Kuching - Pustaka Negeri Sarawak telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengarah Pendidikan Sarawak, YBrs. Dr. Haji Azhar Bin Hj. Ahmad.

Kunjungan ini telah diketuai oleh YBrs. Dr. Rashidah Haji Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka.

Pertemuan ini telah membincangkan peranan Pustaka dalam membantu murid dan guru dalam bidang pembelajaran melalui akses kepada sumber maklumat.

Pustaka dan JPN akan bekerjasama menjalankan aktiviti yang memberi manfaat kepada pelajar dan guru.

Gambar pada pautan berikut: https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/photos/pcb.10157118621651267/10157118621306267/?type=3&theater