EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pameran Hobbies, Collection & Arts 5.0 kembali lagi bulan depan

Ditulis pada 23 January 2020

Pustaka Negeri Sarawak, Miri akan mengadakan Pameran Hobbies, Collection & Arts yang ke-lima pada 22 dan 23 Februari 2020. Pameran ini bertujuan untuk memupuk kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan generasi muda dengan menunjukkan cara mengekalkan hobi seperti mengumpul koleksi barang, permainan atau belajar kemahiran baru. Pameran ini dibuka kepada orang ramai, terutamanya bagi peminat alat mainan kerana alat mainan ini akan dijadikan fokus utama pameran ini di mana alat mainan seperti Gundam Mini, Transformer Robots, Warhammer, Star Wars, Hot Wheels dan lain-lain akan dipamerkan di lobi tingkat bawah Pustaka. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mohd. Awis Abu Bakar | Suzanna Abdullah di talian 085-422525 atau melalui e-mel awisab@sarawak.gov.my | susana@sarawak.gov.