EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PERKHEMAHAN ILMU 2020 PUSTAKA NEGERI SARAWAK, MIRI

Ditulis pada 03 March 2020

Bersama-sama dengan mentor dan jawatankuasa penganjur para peserta yang berusia 15 tahun ke atas akan berkhemah di halaman terbuka Pustaka. Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa pasukan dan akan mengambil bahagian dalam aktiviti termasuk sesi suai kenal, kelas kemahiran literasi maklumat, berkebun, sesi motivasi, permainan luar, sesi bercerita, malam misteri di Pustaka, sesi kecergasan dan sebagainya. Kem tersebut akan diakhiri dengan pertunjukan bakat oleh semua pasukan dan upacara penyampaian hadiah di mana semua peserta akan menerima sijil dan hamper sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada mentor dan fasilitator mereka.