EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Kunjungan Hormat kepada Consul General, Pengiran Hajah Krtini binti Pengiran Haji Tahir.

Ditulis pada 15 May 2020

21 Mei 2020, KHAMIS - Dr. Hajah Rashidah Haji Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Consul General, Pengiran Hajah Krtini binti Pengiran Haji Tahir.

Kunjungan hormat tersebut adalah sebagai tanda penghargaan ke atas jalinan kerjasama selama ini diantara negara Brunei Darussalam dengan Pustaka Negeri Sarawak kerana Pengiran Hajah Krtini akan kembali bertugas di Brunei Darussalam.

Pegawai yang turut serta dalam kunjungan tersebut adalah Puan Arpah Adenan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan) dan Puan Dayangku Hadzimah Awangku Ahmad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat.