Pustaka Negeri Sarawak, Kuching : Siri Ceramah Sarawakiana yang bertajuk Sejarah Kedatangan Islam di Sarawak akan diadakan pada hari Sabtu, 1 Mei 2021 pada jam 10.00 pagi di laman rasmi media sosial Pustaka Negeri Sarawak (facebook dan YouTube). Ceramah ini akan disampaikan oleh Dr. Saimi bin Bujang, Pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Malaysia.
Ceramah ini adalah hasil daripada kajian yang telah dijalankan dari pelbagai sumber seperti sumber Barat, Timur Tengah Nusantara China dan sumber tempatan sendiri yang dibahagikan kepada lima sub-topik, iaitu; hubungan Arab dan Nusantara sebelum Islam; hubungan Arab dan Nusantara selepas Islam; Islam di Nusantara; Islam di Sarawak; dan rumusan.
Selain itu, terdapat juga penjelasan tentang peristiwa, manuskrip dan penemuan-penemuan artifak Islam di sekitar Nusantara sebelum abad ke-14 Masihi. Manakala perbincangan tentang Islam di Sarawak pula akan menyentuh mengenai sejarah perkembangan Islam di Sarawak dan Kerajaan-kerajaan Tua Sarawak dari pelbagai perspektif selain daripada Santubong.
Anda boleh mendaftar di https://www2.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1618969071
Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Sektor Perkhidmatan Depositori: Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my) / Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488.
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2024 23 Apr 2024
MEDIA APPRECIATION IN CONJUNCTION WITH RAMAH TAMAH AIDILFITRI 23 Apr 2024
Opening of Sarawakiana Exhibition: Calligraphy (Sibu) 03 May 2024
Bengkel Sarawakiana: Keringkam 09 May 2024
SEMINAR SARAWAK LESTARI SIRI 1 14 May 2024