EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak Anjur Sarawak Children Festival 2021 Secara Maya

Ditulis pada 25 October 2021

KUCHING, 25 Oktober 2021 – Pustaka Negeri Sarawak pada tahun ini sekali lagi telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan aktiviti tahunan kami iaitu Sarawak Children Festival 2021 secara maya pada 29 – 30 Oktober 2021 dan orang awam adalah dijemput untuk menyertai kesemua aktiviti yang bakal disediakan secara PERCUMA!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda terutamanya kepada kanak-kanak berusia 4 – 12 tahun di mana mereka boleh menyertai dan mengambil bahagian di dalam sembilan (9) ruang aktiviti Sarawak Children Festival 2021 iaitu Story Space, Makerspace, Gastrospace, Linguisticspace, Marketspace, Performance Space, Game Space & Special Needs Space.

Sehubungan itu, Sarawak Children Festival 2021 turut mendapat sambutan dan sokongan daripada YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak dan beliau juga akan merasmikan Sarawak Children Festival 2021 pada 29 Oktober 2021, jam 9:45 pagi yang akan diadakan sacara maya melalui saluran Youtube (PustakaSarawak) dan Facebook rasmi kami (pustaka.sarawak).

Untuk maklumat lebih lanjut, sila berhubung dengan pegawai seranta kami, Encik Ramdzan Saman @ 014-8603620 & Encik Nur Farhan @ 013-5617863