EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PUSTAKA MIRI ANJUR KEMPEN DERMA DARAH KALI KEDUA TAHUN INI

Ditulis pada 09 May 2022

MIRI- Pustaka Negeri Sarawak, Miri sekali lagi akan menganjurkan Kempen Derma Darah bagi tahun ini pada Sabtu,14 Mei 2022.
Kempen yang dianjurkan setiap suku tahunan ini dengan kerjasama Kesatuan Guru Sarawak Bahagian Miri dan Tabung Darah Hospital Miri. Ia akan diadakan di Ruang Legar Pustaka Miri bermula 9:00 pagi sehingga 12:30 tengahari.
“Menderma darah ini adalah satu amalan mulia yang boleh memupuk rasa tanggungjawab sosial serta memberi kesedaran tentang pentingnya menderma darah bagi membantu menyelamatkan nyawa orang lain sekaligus menyemai semangat kesukarelawan,” ujar Pegawai Pengurusan Korporat Pustaka Shirley Szebah Mambai.
Penderma darah yang berjaya akan menerima kudapan serta cenderamata sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan mereka. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik disediakan bersempena kempen tersebut termasuk pameran, kuiz, kaunter pendaftaran keahlian Pustaka serta jualan buku terbitan Pustaka pada harga istimewa. Setiap pendaftaran ahli Pustaka pada hari tersebut akan menerima cenderamata menarik.
“Oleh itu, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program itu dianjurkan. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi kempen ini nanti,” ujar beliau lagi.
Kempen serupa yang telah berlangsung pada 5 Mac lepas telah melihat seramai 43 penderma hadir dan sebanyak 38 beg darah berjaya dikumpul.
Tarikh kempen derma darah seterusnya yang telah dirancang adalah pada 20 Ogos dan 12 November.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Shirley Szebah Mambai di talian 085-422 525 atau e-mel shirleysm@sarawak.gov.my