EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak Menerima Kunjungan Hormat Daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Ditulis pada 13 June 2022

13 Jun 2022, KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak telah menerima Kunjungan Hormat daripada pihak Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Kunjungan Hormat ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan berkaitan pengetahuan tradisional di Pustaka Negeri Sarawak di samping mengumpulkan data-data pengetahuan tradisional yang terdapat di Pustaka Negeri Sarawak. Selain itu juga, cadangan untuk mengadakan perbincangan berkenaan potensi jalinan kerjasama antara MyIPO dan Pustaka Negeri Sarawak adalah antara tujuan Kunjungan Hormat ini.

Pertanyaan lanjut berkaitan lawatan rasmi di Pustaka Negeri Sarawak sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat ditalian 082-442000.