25 Mei 2024, KUCHING - Pustaka Negeri Sarawak menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) untuk edisi ke-41 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur bermula 24 Mei 2024 hingga 3 Jun 2024.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) merupakan pesta buku terbesar di Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). PBAKL merupakan acara tahunan utama dalam kalendar perbukuan negara.
Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini terus menjadi platform utama untuk pencinta buku, penerbit, penulis dan pembaca dari seluruh dunia untuk berkumpul dan berkongsi minat mereka terhadap dunia pembukuan.
Pada kali ini, Pustaka telah menjalinkan kerjasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai rakan sinergi dan Pustaka turut menjemput Penulis tempatan Sarawak, Puan Hajah Fiezawati Binti Haji Kaderi untuk mempamerkan karya-karya beliau bagi memeriahkan lagi reruai ‘ooo-haa! Sarawak’.
Program dan aktiviti yang diadakan di reruai ‘ooo-haa! Sarawak’ antaranya adalah Hari Bersama Pelanggan, Pendaftaran Keahlian Pustaka , Kuiz Sarawak Maju Makmur, Penjualan Bahan Terbitan Pustaka Negeri Sarawak, Sesi Meet & Greet bersama penulis tempatan, Penjualan Karya Penulis Tempatan, Penjualan Bahan Terbitan daripada UNIMAS dan banyak lagi!
Sesi Meet & Greet daripada reruai ‘ooo-haa! Sarawak’ terdiri daripada tiga (3) penulis tempatan iaitu Dr. Hazami Jahari, Penulis Buku Pantun Melayu Sarawak: Beraie Timbang Lamak, Lokman Hakim, Penulis Buku Kronikel Dewata Toh Rimpun Alam dan Bahruddin Bekri, Penulis Buku Lelaki Berkasut Merah.
Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput untuk datang ke reruai ‘ooo-haa! Sarawak’ dan banyak hadiah menarik menanti anda!
Sebarang pertanyaan lanjut sila berhubung dengan pegawai seranta kami Puan Norassima Sitam ditalian 082-442000 (samb. 237) atau email norassis@sarawak.gov.my
Tiny Tot Playtime 07 Dec 2024
Pustaka Negeri Sarawak Silver Jubilee Celebration 31 Dec 2024