22 Oktober 2024, KUCHING - Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak telah mengetuai Kunjungan Hormat Pustaka kepada YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi & Pembangunan Bakat Sarawak di pejabat beliau, hari ini.
Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk menyampaikan jemputan merasmikan Program Minggu Literasi Media dan Maklumat Global 2024 serta Dialog Literasi Media dan Maklumat Global 2024 (GMILD 2024).
Antara aktiviti lain yang akan diadakan sepanjang Minggu Literasi Media dan Maklumat 2024 selain dari dialog ialah Bengkel Pematuhan Keselamatan Email dan Tanggungjawab Penjawat Awam, Ceramah Literasi, Sembang Santai bersama AminxAbid: Jadikan Tiktok sebagai Resume dan Pertandingan Video Pendek.
Turut serta di dalam kunjungan ini adalah Cik Hajah Salina Zawawi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan), Encik Ramdzan Saman, Ketua Sektor Perkhidmatan Perpustakaan dan Encik Edison Ricket, Ketua Bahagian Pembelajaran Sepanjang Hayat & Literasi Maklumat.
World Quran Hour 2026 bertempat di Masjid Darul Makmur, Serian 11 Mar 2026
Jom Baca Bersama 2026 23 Apr 2026
Kuala Lumpur International Bookfair 2026 (PBAKL) 29 May 2026
Perkhemahan Ilmu Sempena Hari Pustakawan 2026 13 Jun 2026
Makers Bootcamp 2026 (Kuching) 27 Jun 2026