11 Mac 2026, KUCHING - Program World #QuranHour 2026 telah berlangsung di Masjid Darul Makmur, Serian dengan pengisian bacaan dan tadabbur Al-Quran yang memfokuskan kepada Surah Al-Muzzammil.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran YB Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam).
Pustaka Negeri Sarawak merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Haji Misnu bin Haji Taha, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak; YBhg. Datuk Dr. Abang Haji Abdul Rauf bin Abang Haji Zen, Pengerusi Lembaga Pengurusan Pustaka; Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak; YBhg. Ustaz Haji Mohamad Shalahudin bin Marzuki, Ketua Pegawai Eksekutif, Darul Hana Quranic Centre (DHQc), Majlis Islam Sarawak; Tuan Tazudin Mohtar, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Islamic Information Centre, dan YBrs. Ustaz Madihi bin Jamali, Pegawai Agama Islam Bahagian, Pejabat Agama Islam Bahagian Serian.
Jom Baca Bersama 2026 23 Apr 2026
Kuala Lumpur International Bookfair 2026 (PBAKL) 29 May 2026
Perkhemahan Ilmu Sempena Hari Pustakawan 2026 13 Jun 2026
Makers Bootcamp 2026 (Kuching) 27 Jun 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026