Sejarah
Lisan merupakan salah satu inisiatif Pustaka Negeri Sarawak dalam
pembangunan koleksi Sarawakiana.
Pada 1 Julai 2011 yang lepas, Unit
Sarawakiana telah mengadakan sejarah lisan bersama Tuan Haji Jeli Bin
Abdullah, atau nama asalnya Mike@ Dandi Michael Tiong, iaitu salah
seorang daripada kanak-kanak tahanan perang semasa pendudukan Jepun
di Sarawak pada tahun 1942 hingga 1945.
Sesi
temu ramah ini diadakan di Pusat Sumber Maklumat, Pustaka Negeri
Sarawak pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi yang dikendalikan oleh
Puan Dayangku Horiah Awang Gani, Aidashermilla binti Hashim, Suhaili
Bin Haji Morsidi, Amir Hamzah bin Ahmad.
Turut bersama menemuramah
pada hari tersebut adalah pelajar praktikal dari Fakulti Pengurusan
Maklumat, Kampus Puncak Perdana, UiTM Shah Alam iaitu Aslinda bt.
Mohamad Ali Rahman dan Helisa ak Nohes.
Kuala Lumpur International Bookfair 2026 (PBAKL) 29 May 2026
Perkhemahan Ilmu Sempena Hari Pustakawan 2026 13 Jun 2026
Makers Bootcamp 2026 (Kuching) 27 Jun 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026