Menu

Karnival Sarawakiana 2019

Karnival Sarawakiana dianjurkan sekali dalam setiap dua tahun. Objektif utamanya adalah untuk mempromosi keberlangsungan budaya pengetahuan dan wacana intelektual, terutama mengenai isu Sarawakiana. Tema Karnival Sarawakiana yang telah diadakan pada tahun 2019 ialah Seni Arca dan Ukiran Sarawak. Tema ini dipilih untuk mempamerkan dan mengetengahkan keunikan seni arca dan ukiran di kalangan pelbagai etnik di Sarawak. Karnival ini diadakan sebagai platform untuk penglibatan komuniti dan perkongsian pengetahuan melalui aktiviti dan kerjasama dengan rakan pintar.