EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Songket & Keringkam Warisan Melayu Sarawak

image description
Call no.
: 746.140959522/SUH
Author
: Suhana Binti Sarkawi, Dayang Hanani binti Abang Ibrahim, Nadianatra binti Musa
Contributor
: Veronica Edward Sidi
Summary
Buku ini menceritakan mengenai sejarah penghasilan kain songket dan keringkam di Sarawak pada zaman pemerintahan Brooke. Pada zaman tersebut, songket sinonim dengan masyarakat Melayu Sarawak, ianya digunakan sebagai pelengkap busana tradisional dalam majlis bertekul, pertunangan, perkahwinan serta majlis-majlis besar yang lain. Sebagai contoh, bagi kaum lelaki, songket digunakan sebagai samping atau sabok dua jari, yang akan dipakai bersama baju Melayu dan songkok. Manakala bagi wanita pula, songket akan dipadankan dengan keringkam sebagai pakaian tradisional wanita Melayu Sarawak. Keringkam biasanya akan dipakai oleh kaum wanita untuk mentutup kepala atau diletakakan dibahu ketika menghadiri pelbagai majlis rasmi. Keringkam yang disulam dengan benang emas akan dipadankan dengan kebaya songket, gaun pengantin yang diperbuat daripada kain sutera bertekat benang emas dan Gajah Olen (atau Oleng) yang merupakan pakaian tradisional Melayu Sarawak. Antara jenis-jenis kain tenun songket di Sarawak adalah seperti Kain Songket Belatak, Kain Songket Betabur, Kain Songket Berturus, Kain Songket Biasa dan Kain Songket Limar. Manakala keringkam Sarawak pula terdiri daripada motif / corak seperti, Keringkam Bunga Daun Melelat, Keringkam Bunga Ros Sekaki, Keringkam Tampok Pedada, Keringkam Gunung Berelok, Keringkam Bunga Pecah Lima, Keringkam Bunga Ros Setangkai.