EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Mengapa Bayi Anda Menangis,

image description
Call no.
: 649.122 USW
Author
: Uswatun Hasanah Mohd Habib
Contributor
: Affendi Bin Iezara
Summary
Mengapa Bayi Anda Menangis Merupakan sebuah buku panduan kepada ibu bapa yang baru meninmang cahaya mata. Buku ini menerangkan tentang maksud disebalik tangisan bayi dan buku ini menyatakan 6 fakta tentang tangisan bayi, iaitu menangis adalah reflex, gangguan yang bersesuaian, boleh diubah suai, resepon pada tangisan bayi adalah betul secara biologinya, konsep tangisan bayi berbeza dengan konsep tangisan orang dewasa dan semua bayi menagis lebih banyak di bulan-bulan awal kehidupan. Selain itu juga, antara sebab bayi menangis adalah untuk menyatakan keperluan rutin mereka dan ini amatlah jelas, seperti lapar, tak selesa atau ingin sendawa antara kebiasaan sebab bayi menangis dan akan diiringi oleh oleh isyarat tubuh badan mereka seperti menggosok-gosok mata dan telinga. Selain itu juga, sakit atau tidak sihat adalah punca utama bayi menangis, dan bayi akan lebih kerap menangis atau berkelakuan ganjil seperti bayi boleh menagis dan menjerit tanpa henti. Seterusnya adalah gangguan emosi. Bayi juga memiliki emosi kerana adaptasinya yang masih amat lemah terhadap dunia luar Rahim, sangat mudah terganggu terhadap 2 perkara iatitu rimas dan merasa terasing. Dalam buku ini juga menenrangkan cara menenangkan bayi dan membantu bayi tidur dengan ‘cuddle Cure’ . Secara keseluruhannya buku ini amatlah membantu para pembaca kerana pada 3 bulan pertama kelahiran merupakan masa yang kritikal dan buku ini padat dengan tips untuk menteteramkan bayi.