EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Mahir Aplikasi Sosial Blogspot Dalam 9 Jam

image description
Call no.
: 006.7 MUH
Author
: Muhamad Rais bin Abd Halim
Contributor
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Summary
Buku Mahir Aplikasi Sosial Blogspot Dalam 9 Jam ini adalah sebuah buku yang memberi panduan asas penulisan blog secara positif bagi memudahkan komunikasi dan penyampaian yang bagus. Buku ini ditulis oleh Muhamad Rais bin Abd Halim, Pegawai Sistem Maklumat Kanan di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor. Blogspot merupakan satu laman rangkaian sosial yang wujud sebelum Facebook dan media sosial yang lain. Blogspot boleh menjadi alat perhubungan yang berkesan dalam mengeratkan silaturahim dan meluaskan rangkaian sosial. Kepelbagaian fungsi boleh dimanfaat dengan blogspot termasuklah bertujuan sebagai pembelajaran, mengeratkan hubungan kekeluargaan atau mencari rakan lama yang telah terputus hubungan. Penulis memberi panduan step by step cara untuk menggunakan blog dari asas lagi, iaitu bagaimana untuk mendaftar diri sebagai pengguna blogspot. Panduan yang diberikan ringkas tetapi lengkap dan mudah difahami. Semua butang fungsi yang terdapat dalam paparan muka blogspot juga diterangkan secara terperinci kegunaannya. Saya sendiri tertarik untuk membuat blog sendiri setelah membaca buku ini. Buku panduan ini sangat sesuai untuk sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan atas talian dengan lebih serius.