EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

I’m a Backpacker: Japan

image description
Call no.
: 915.204 KAM
Author
: Kamal Zharif
Contributor
: Mohd. Awis Haji Abu Bakar
Summary
I’m a Backpacker: Japan merupakan buku travelog hasil nukilan Kamal Zharif. Penulis telah menetap di Jepun sejak tahun 2014. Ketika di Jepun, penulis didedahkan dengan industri pelancongan terutamanya untuk sasaran pelawat Muslim. Di Jepun, lokasi Tokyo, Osaka dan Kyoto merupakan destinasi yang sangat popular bagi pengunjung. Buku ini adalah panduan bagi pelancong yang mahu mengetahui budaya Jepun serta mahu menghormati budaya Jepun. Buku ini juga sebagai panduan bagi memudahkan pergerakan setiap jam dan hari bagi sesiapa yang akan melawat ke sana nanti. Penulis mengupas beberapa isu yang beliau sebelum ini pernah hadapi ketika berada di Jepun. Antaranya, cara hendak hidup sebentar di negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris, memilih makanan halal di tempat yang tiada cop halal, memilih tempat penginapan tetapi berjauhan dari tempat lokasi yang mahu dikunjungi, etika-etika yang perlu dijaga tatatertibnya, memahami sifat orang Jepun, dan bagaimana mahu lebih memahami cara menggunakan alternatif pengangkutan di Jepun tanpa membazir masa apabila tersesat. Untuk menerangkan dengan lebih terperinci mengenai panduan berada di Jepun, penulis membahagikan kepada 5 bab untuk memudahkan pembaca merujuk bahagian manakah yang mereka perlu tahu. Penulis menggunakan bahasa yang agak formal. Mungkin kerana buku ini adalah sebuah catatan perjalanan yang sangat berguna dan sasaran pembaca adalah golongan yang telah bekerja yang boleh membantu pembaca yang ingin melawat ke negara itu nanti. Penulis juga mengajar beberapa perkataan Jepun yang berguna untuk pembaca mempelajari bahasa tersebut. Banyak tips-tips berguna yang saya rasakan penulis benar-benar mahu pembaca untuk memahami dahulu budaya Jepun sebelum pergi ke negara tersebut. Buku ini sesuai dijadikan koleksi peribadi untuk simpanan di rumah. Berbaloi untuk dimiliki.